Tuesday, October 17, 2006

Kuala Lipis Bandar Bersejarah

Hari ini apa kata kita bercerita tentang Bandar Lipis. Untuk makluman kawan-kawan, dahulu Kuala Lipis ini ibu negeri Pahang, jadi kalau pergi ke Lipis ini, banyaklah bangunan yang bersejarah. Saya memang selalu pergi ke Lipis ini. Mula-mula dulu, kalau nak pergi mesti fikir banyak kali kerana jalan raya yang kurang baik. Dulu mungkin ambil masa lebih 2 jam untuk sampai dan campur dengan pening lagilah lama dan perjalanan yang menyeksakan. Tetapi sekarang ini, jalan pun dah baik jadi lebih kurang satu setengah jam kita boleh sampai dengan mematuhi had laju di jalan tersebut. Sebelah ini gambar di sebelah Pejabat Pos. KM 0 bermula di sini.
Semalam saya pergi ke Lipis. Sekarang ini memang jerebu di sana memang lebih kurang macam Kuala Lumpur. Terasa sakit mata bila lama-lama duduk di luar. Sebelah adalah view masa jerebu. Kalau tiada jerebu kita boleh nampak permandangan bandar Lipis dengan jelas dari atas Bukit Residen. Di Bukit Residen ini terdapat Rumah Rehat Lipis yang pertama. Kalau tidak silap, di sinilah Residen Lipis tinggal dahulu.
Bangunannya agak gelap di dalam. Terdapat banyak barang-barang yang bersejarah ada di dalam. Sekarang ini jadi hotel. Kadang-kadang Tuanku Sultan Pahang dan kerabat akan bersemayam di sini bila turun ke Lipis. Kalau kawan-kawan ingat kes dera pelajar sekolah di Padang Tengku, Sultan Pahang buat perjumpaan dengan pelajar dan mereka yang terlibat di sinilah tempatnya. Apabila kita turun ke bawah Bukit Residen ini, ada tasik tempat beriadah. Sebelah ialah Hotel Lipis Plaza. Manakala depannya Dataran Lipis, disinilah berlangsung Karnival Lipis dan terbaru perkahwinan datin Siti.
Inilah rumah(sebelah kiri) di mana Datuk Seri Najib dilahirkan. Dahulu semak rumah ini. Memang boleh buat filem Pontianak Harum Sundal malam 3. Tetapi sekarang Majlis nak tukar rumah ini jadi tempat tarikan pelancong. Dalam rumah saya tidak pernah masuk lagi.
Kalau disuruh masuk memang tidak berani kerana rumah ini sudah lama ditinggalkan. Macam mana Datuk Seri Najib lahir di sini pula ya? Sebabnya ayah beliau pernah menjadi Pegawai Daerah Lipis kalau tidak silap saya. Jalan ke rumah ini adalah Jalan Bukit Bius. Sepanjang jalan ke atas ini ada banyak bangunan lama antaranya Istana Mariam(sebelah kanan); sempena nama bonda Sultan Pahang. Istana ini memang sentiasa dijaga dan Tuanku sering ke sini apabila turun ke Lipis.
Sebelah Istana Mariam, ini sekarang ini sudah ada Zoo Lipis. Zoo ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah. Walaupun binatang di dalamnya tidak begitu banyak tetapi tidak sah kalau tidak melawat ke zoo ini kalau kawan-kawan turun Lipis. Bangunan bersejarah yang lain ialah Sekolah Menengah Clifford dan Bangunan Pejabat Kerajaan.
Sekolah Men Clifford Bangunan Pejabat Kerajaan
Tempat menarik yang lain apa lagi ya? Alamak, lupalah pula ambil gambar rumah Datin Siti. Ini adalah tempat yang memang sering orang pergi. Memang senang nak cari rumah Datin Siti kerana ada papan tanda penunjuk jalan. Lain kali kita cerita tentang tempat makan pula ya. Maklumlah sekarang ini bulan Ramadan...hehehe..
Jadi, kalau ada masa lapang itu, jalan-jalanlah ke Lipis ini. Selamat Berpuasa.

1 comment:

en_me said...

good info.. me baru balik dr kuala lipis.. tp tak jumperrr zoo lipis ittewww.. salammmz