Tuesday, October 31, 2006

Gua Bama ...MBA classes

Jangan terkejut kalo baca title topik hari ini kerana agak lama saya fikir nak tulis tajuk topik hari ini...hahaha...apa nak cerita ye??ok..tadi pergi lipis. Singgah padang tengku melawat pekerja kat sana,maklumlah saya ni kan "bos" yg baik(angkat bakul sendiri lerrr). Siap bagi biskut raya and belanja mereka lunch.

Dah lama saya nak ambil gambar satu tempat on the way ke pdg tengku ini. Namanya Gua Bama. Cuaca mendung hari tu...

btw, takziah pada seorang kawan kerana kehilangan pursenya masa shopping raya. Nasib baik tiada kehilangan besar..(takpe iena, nanti akak boleh teman shopping beli bag baru ok...heheh.)

latest news dari MC..boleh baca kat sini..
Classes postponed
01 Nov 2006

Kindly note that the following classes which are scheduled to start on 4 and 5 November respectively, have been postponed.

1) MGT 6255 - Org. Change and Development (Prof. Saeed) until Saturday 19 November 2006

2) MGT 6252 - Organizational Behaviour (Dr. Arif Hassan) until Sunday 12 November 2006

We apologize for any inconvenience caused.

Thank you.

Release of Final Exam results, July 2006 session
30 Oct 2006

The final examination results for the July 2006 semester will be released on November 2, 2006. All results will be released online through the Management Centre website. Please note that results will not be released through the telephone, or if there are any outstanding fees due to the University.

Monday, October 30, 2006

Cerita hari raya...

Actually post nie patut keluar dulu. Tapi entah mcm mana cite ttg hari ini pula kluar. Apa kawan-kawan buat pada hari raya last week? Mine, rasanya inilah tahun yg saya rasa betul2 saya beraya esp rumah sedara mara. Rumah yg last2 tu x sentuh dah lemang ke, ketupat ke..nak minum air pun x larat..hahaha..perut rasenya dah kembung sangat minum banyak air. Rase2nya berat nie dah bertambah-tambah since raya pertama itu..:))))

Balik rumah dah dekat mahgrib. Sampai je rumah pak sedara saya dari quantan dah sampai. Rumah kami mmg jadi tumpuan semua sedara mara masa raya coz ini rumah wan so semua anak cucu berkumpul.Mmg meriah. Dah lah rumah kayu, bila cucu cicit berlari mesti bergegar rumah..tak dapat lerrr makcik nie dah berkata apa2...asalkan x runtuh rumah sudah.

Hari ke-2, semuanya pergi ke kubur except me coz "keuzuran" teramat sangat. So apa lagi kemas rumah, siapkan air dan kuih raya..get ready kalo ada org dtg. Dalam kol 10am pak long sekeluarga dari perak sampai. Nasib baik air dah siap. Layan diri ajelah depa. Hari itu mmg saya x keluar rumah coz raya pertama dah habis beraya. Tapi org semua bising coz x pakai baju raya. Siap pakai t-shirt aje. Dahlah ramai pulak datang hari tu, x sempat nak salin pakai cun2. So guelah yg paling selekeh hari tu..:P tapi duit raya org yg selekeh ini juga yg hulur...klakar jugak rasenya hari tu...mesti sedara mara "mengata" ...x dapatlah eden nak nolong..hahaha..sememangnya saya mmg x kisah bab baju masa tu...

Hari ke-3 pergi felda mempaga beraya rumah mak sedara. Ada lerr cerita sedih..siap ada adegan air mata ...mak sedara saya ini krisis dgn kakak dia..sampai la nie x settle...so dia mengadulah kat kita org kisah sedih dia...tukang dengar ajelah...ingat nak balik after makan kuih but kena tahan lunch kat situ...dia suruh kita org rasa rendang landak..for me oklah rasenya...taklah suka sangat...kecian landak nie...itulah yg saya dok fikir...kalo x silap landak nie antara spesis binatang yg dah nak pupus.

Itulah antara cite hari raya saya..nothing special i think..duit raya ada baki lagi..x ramai lah budak2 yg datang beraya ke rumah tahun ini..so save my money..hahaha...ok till now take care!

Satu2nya gambar raya..anak sedara tersayang...yg pompuan cute tu baru lepas nangis...itu yg muka sedih tu..


Lepas cuti panjang...

Hari ini...memang malas nak pergi kerja. Actually saya dah mula kerja jumaat lepas tapi tidak buat apa pun..makan kuih raya dan adalah pergi melawat kawasan kerja di karak. Maklumlah tahun lepas banyak terima aduan dari tempat ini. Alhamdulillah tahun ini kutipan sampah tiada masalah.

Hari isnin, pagi-pagi dapat sms reminder mesyuarat dgn JKKK kampung bukit piatu. Kampung yg paling aktif buat aktiviti. Saya lihat kalau setiausahanya aktif mmg hiduplah JKKK tu. So hari ini mmg busy jugalah. After meeting siapkan laporan kerja dsb. Org kanan saya bercuti hari ini. Dia mmg expert bab teknikal esp kerosakan kenderaan. Hari ini dan hari seterusnya b4 9am kena sms report availability of vehicles. Teruk sikitlah hari ini kena call sendiri sana sini tanya ttg lori. Aduh letih jugalah hari ini.

Saya ada seorang boss di HQ suka hantar sms malam-malam buta atau call malam-malam buta tanya ttg kerja. Dia cakap dia bawa kerja balik ke rumah so kalau ada pertanyaan tu, itulah sobab dia call malam2. Aduh, saya tidak tahan orang ini macam lerr..Kalau off hp, nanti dia cakap kita ini kureng responsibility pulak. so layan jelah.. siap boleh dengar anak dia menangis` lagi..hahaha..kecian anak bini dia..

Ok stop mengutuk boss..x baik kan. Latest news, kak win bagi tau 2/11 result MBA kluar...berdebar-debar pulak rasanya. 4/11 class nak mula. Jgn lupa ok.

Monday, October 23, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tamat sudah bulan Ramadan. Syawal menjelang pula. Sempena bulan yg mulia ini, terimalah salam kemaafan dari saya sekeluarga buat semua sahabat handai, kenalan serta saudara mara tidak kira di mana anda berada. Halalkan makan dan minum, terkasar bahasa, terasa, tersinggung dsb.

Saya dah bercuti mulai hari ini. Dari last week nak update blog tapi no time bcoz so busy dgn house cleaning. Maklumlah weekend sentiasa ada class. Tiada masa nak kemas rumah. about my bro, I already maafkan dia. Pandai dia, balik rumah bila my amarah reda. anyway saya dera dia habis-habisan assist me to do the house cleaning.

Tommorow activity, of course pergi rumah saudara mara. Last year tiada kesempatan coz kena kerja. Walaupun cuti kerja still jalan. Orang tengok mesti cakap saya ni gila! Apa nak buat kerja untuk masyarakat. Everyday dari 23-26/10, kena update my boss daily operation. For exp, Berapa lori, aduan dsb.Twice a day pulak tu.

Ok gang...selamat beraya. 31/10 nie MC ada open house raya. All students are invited.Mula ingat nak pergi but that day ada meeting. However kita kena confirm dgn MC jika nak hadir. selamat malam..ZZZZZzzzzzzzzzzzz :)))))

Tuesday, October 17, 2006

Geramnyeeee....:((((

Baru balik dari Raub. Tadi ada taklimat dengan pekerja. Sampai je rumah dalam kol 545pm. Hari ini hari gaji. Legalah sikit.Tapi raya tahun ini mmg yg paling kurang aku kurang keluar duit coz pitisnya sikit..kecian tahun nie. Selalunya adalah tunggakan increament tapi tahun lepas punya increament x dapat lagi. sadisss...

Biasalah bayar bil semuanya bila dapat gaji. Baru sat tadi buka bil TM..aku ada 2 bil. Satu bil phone mak dan satu lagi phone rumah. Rumah mmg sikit lerr coz jarang sekali guna..biasanya for internet only. Ya Allah! bila buka je bil phone mak..
RM688.55!!!!! Betoi ke bil nie???

Bila aku check details mmg sah adik lelaki aku; boboy telah salah guna...No hp semuanya sama...dalam sehari more than 10xs buat call.....
Geramnyeeee.

Sapa nak bayar bil nie??? After call adik ipar aku...aku dapat idea...Kalau nak cakap kejam..kejamlah..Tahun nie no duit raya for him...semua duit raya yg abang and kakak nak bagi die, semuanya akan digunakan utk bayar bil nie...Padan muka dia...Ada hp sendiri tapi guna mak punya..aku belikan mak hp untuk kesenangan mak buat and recieve call...

Itulah bahananya org tgh angau..baru 15 tahun tapi dah pandai main2 cinta...Nanti dia, malam karang after terawih aku basuh dia...sekarang nie x boleh lagi...coz tgh geram taha maksima...selamat berbuka.

Kuala Lipis Bandar Bersejarah

Hari ini apa kata kita bercerita tentang Bandar Lipis. Untuk makluman kawan-kawan, dahulu Kuala Lipis ini ibu negeri Pahang, jadi kalau pergi ke Lipis ini, banyaklah bangunan yang bersejarah. Saya memang selalu pergi ke Lipis ini. Mula-mula dulu, kalau nak pergi mesti fikir banyak kali kerana jalan raya yang kurang baik. Dulu mungkin ambil masa lebih 2 jam untuk sampai dan campur dengan pening lagilah lama dan perjalanan yang menyeksakan. Tetapi sekarang ini, jalan pun dah baik jadi lebih kurang satu setengah jam kita boleh sampai dengan mematuhi had laju di jalan tersebut. Sebelah ini gambar di sebelah Pejabat Pos. KM 0 bermula di sini.
Semalam saya pergi ke Lipis. Sekarang ini memang jerebu di sana memang lebih kurang macam Kuala Lumpur. Terasa sakit mata bila lama-lama duduk di luar. Sebelah adalah view masa jerebu. Kalau tiada jerebu kita boleh nampak permandangan bandar Lipis dengan jelas dari atas Bukit Residen. Di Bukit Residen ini terdapat Rumah Rehat Lipis yang pertama. Kalau tidak silap, di sinilah Residen Lipis tinggal dahulu.
Bangunannya agak gelap di dalam. Terdapat banyak barang-barang yang bersejarah ada di dalam. Sekarang ini jadi hotel. Kadang-kadang Tuanku Sultan Pahang dan kerabat akan bersemayam di sini bila turun ke Lipis. Kalau kawan-kawan ingat kes dera pelajar sekolah di Padang Tengku, Sultan Pahang buat perjumpaan dengan pelajar dan mereka yang terlibat di sinilah tempatnya. Apabila kita turun ke bawah Bukit Residen ini, ada tasik tempat beriadah. Sebelah ialah Hotel Lipis Plaza. Manakala depannya Dataran Lipis, disinilah berlangsung Karnival Lipis dan terbaru perkahwinan datin Siti.
Inilah rumah(sebelah kiri) di mana Datuk Seri Najib dilahirkan. Dahulu semak rumah ini. Memang boleh buat filem Pontianak Harum Sundal malam 3. Tetapi sekarang Majlis nak tukar rumah ini jadi tempat tarikan pelancong. Dalam rumah saya tidak pernah masuk lagi.
Kalau disuruh masuk memang tidak berani kerana rumah ini sudah lama ditinggalkan. Macam mana Datuk Seri Najib lahir di sini pula ya? Sebabnya ayah beliau pernah menjadi Pegawai Daerah Lipis kalau tidak silap saya. Jalan ke rumah ini adalah Jalan Bukit Bius. Sepanjang jalan ke atas ini ada banyak bangunan lama antaranya Istana Mariam(sebelah kanan); sempena nama bonda Sultan Pahang. Istana ini memang sentiasa dijaga dan Tuanku sering ke sini apabila turun ke Lipis.
Sebelah Istana Mariam, ini sekarang ini sudah ada Zoo Lipis. Zoo ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah. Walaupun binatang di dalamnya tidak begitu banyak tetapi tidak sah kalau tidak melawat ke zoo ini kalau kawan-kawan turun Lipis. Bangunan bersejarah yang lain ialah Sekolah Menengah Clifford dan Bangunan Pejabat Kerajaan.
Sekolah Men Clifford Bangunan Pejabat Kerajaan
Tempat menarik yang lain apa lagi ya? Alamak, lupalah pula ambil gambar rumah Datin Siti. Ini adalah tempat yang memang sering orang pergi. Memang senang nak cari rumah Datin Siti kerana ada papan tanda penunjuk jalan. Lain kali kita cerita tentang tempat makan pula ya. Maklumlah sekarang ini bulan Ramadan...hehehe..
Jadi, kalau ada masa lapang itu, jalan-jalanlah ke Lipis ini. Selamat Berpuasa.

Friday, October 13, 2006

Weekend yg dinanti!

Baru je abis berbuka..tadi balik keje rajin betoi..x pernah aku serajin ini..heheheh..siap buat "pegedel" dan kerabu mangga..hari nie simple je lauk..eloklah x membazir...so lauk semua habis..maklumlah my bro dan sis ada sekali...seronok tgk anak2 sedara aku berbuka...mak depa buat gulai udang..mak aku masa gulai tempoyak ikan keli..last2 budak2 tu kejekan gulai tempoyak je..mmg lauk fave mereka...

Entah mengapa sejak abis class nie..weekend mmg dinanti..yelah dah 5 hari keje.inilah masa nk berehat..byk plan minggu nie..tak tau tercapai ke tidak semua.hahaha..esp bab mengemas bilik..

hari nie mak aku cakap kat radio pahang..ada advertisement co aku..biasalah bila keje involve service to public nie..siap sebut nama dan hp aku lagi..minta2 xde org yg x berkenaan call..

ok selamat bercuti kekawan..have a nice weekend dan manfaatkanlah ramadan yang tinggal 10 hari ini..lebih2 lagi malam lailatul qadar akan jatuh di antara 10 hari terakhir ini..malam seribu rahmat..selamat berbuka and take care..

Thursday, October 12, 2006

Hujan, jerebu dan lipis...

Kabare...

Semalam pegi kuala lipis. Tolak dalm kol 1040am..kol 1230pm dah sampai..bawa kete pun slow..maklumlah bulan posa..tahap kesabaran pun tinggi..jika tidak kol 1200pm dah sampai..kol 2pm meeting ngan staf aku..sampai awal so adalah masa ronda-ronda bandar lipis...xde banyak perubahan bulan ramadan nie cuma yg lainnya banyak kedai2 tgh lawan sales..pasang speaker dan lagu raya punyalah kuat. Suasana mcm tu xde aku rase kat bentong tengahari buta..satu lagi keceriaan kat lipis nie mmg boleh tahan...maklumlah kg che CT..

Sepanjang jalan ke lipis, cuaca jerebu mmg tebal..kereta semuanya laju..aku rase aku je yg mematuhi hadlaju..hahaha..

Habis meeting dalam kol 400pm...so sempatlah pegi pasar ramadan die..yg lainnye kat lipis dari bentong aku rase..banyak sekali kuih mek kelate..mcm2 jenis coz kat cni banyak org dari kelate...tapi cakap org lipis..so kena dgr betul2..kekadang aku pun x faham coz ade tu yg cakap pekat sangat...nampak sangat aku nie org luar bila beli kuih tu..aku beli kuih ckit dan pastinya murtabak..boleh tahan murtabak kat lipis nie..

after that tolak balik bentong..cuaca macam mendung..hujan turun sekejap je..itupun x lebat..sepanjang jalan jerebu tebal..walaupun baru kol 5pm..aku siap pasang lampu coz takut kereta depan yg suka memotong x nampak..alhamdulillah kol 515pm sampai Cheroh, Raub..singgah di landfill sekejap....pasal keje...waduh2 banyaknye sampah...lalat dan bau jgn cakap leerrr...

anyhow sampai btg kol 640pm...kat btg nampak baru lepas hujan lebat tapi jerebu still masih ada...kepada kawan2 yang ada asma tu kurangkanlah keluar kalau x perlu..one of my staff siap masuk wad...byk kecian die...bilalah jerebu dah hilang nie???

hari nie aku berbuka kat luar atas jemputan customer...kat bukit tinggi...so selamat berbuka everyone...and jaga kesihatan ok..

Monday, October 09, 2006

Esok 17 Ramadan Nuzul Quran

Alhamdulillah dah tamat dah exam aku...last paper hari sabtu tu betul2 mencabar fizikal dan minda...fizikal..lenguhnya jari jemariku menjawab soalan...Yahooo..break 3 weeks...after raya baru sambung class...

Esok 17 Ramadan, kita umat Islam akan sambut Hari Nuzul Quran.Esok pahang dan sebahagian negeri2 lain juga bercuti..so bolehlah ambil kesempatan ini berehat..my plan for tommorow kemas rumah dan ape ye..masak kot untuk berbuka coz selama nie jarang sekali ke dapur..everthing my mum yang buat heheheh...

Di sini ada sikit article about nuzul quran untuk kita kongsi bersama...hayati ok..

PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Ini kerana bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan dengan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah yang Esa.

Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 108, yang bermaksud: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.”

Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad saw yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad.

Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah dalam menghadapi cabaran dalam menyebar dan menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

“Al-Quran” pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu, terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya.

Peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Ini kerana al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Firman Allah bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat sebagai asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.

Dengan berlakunya Nuzul al-Quran, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman ke arah mencapai darjat muttaqin, iaitu orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2).

Al-Quran diturunkan oleh Allah bukan sekadar untuk dibaca atau dilagukan semata-mata, tetapi apa yang lebih utama menjadikannya sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat. Itulah sebabnya al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam.

Al-Quran di samping membawa maksud kitab bacaan, juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Justeru itu, bagaimana seharusnya sikap kita agar al-Quran itu boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza antara hak dan batil serta memberi peringatan?

Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya?

Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya.

Demikianlah juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami dan diamalkan kehendak-Nya kerana semua kehendak Allah itu tercatat dalam al-Quran.

(Bharian)

Sunday, October 01, 2006

Demam :((((

Salam semua..
hari nie 1st paper exam..alhamdulillah dah tamat 1 paper..1 paper to go next saturday. this week hari rabu lepas tiba2 demam...so dapatlah 2 hari MC..nak study pun x dapat coz kepala asyik pening dll lagi..kebetulan mmg x posa..makan pun x selera..

semalam tido kat rumah classmate coz exam pagi kol 9...pegi berbuka kat rumah mak dia..banyaknye lauk...ada satu kuih tu first aku jumpa..macam tauhu dan dalam dia ada ayam dll..best jugak..kat kampung aku xde kuih mcm tu..kat KL nie mcm2 ada..

alhamdulillah demam dah reda..esok banyak keja kat ofis menanti...maybe tak dapatlah nak ambik cuti b4 exam...after exam, kawan ajak lepak KL..dia nak tunjuk studio house dia...nanti aku post gambar dia kat sini k..dengarnya menarik juga rupa studio house dia nie...

ok take care..

btw aku tgh sibuk nak menghantar kad raya...